Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup

Resepi Ubi Keledek– Ubi keledek goreng atau lebih dikenali sebagai Kaki Ayam sangat lah femes di kelantan. Ianya dijual setiap petang di kebanyakan tempat di Kelantan. Berbeza dengan ubi keledek goreng di sini yang dihiris sedikit nipis, di sana akan digoreng selebar dan sepanjang jari.

Resepi Ubi Keledek
Gambar Ubi Keledek

Resepi Ubi Keledek

Agaknya itulah dipanggil kaki ayam. Cara penyediaannya sama saja dengan goreng pisang di mana ubi keledek dicelup tepung dan digoreng sehingga garing. Jangan lupa cuba resepi ni di rumah yaa. Resepi ni sangat udah dan lazat. Jom lah tengok resepi dan cara penyediaannya.

Bahan bahan :

  • Ubi keledek – potong panjang
  • Tepung beras
  • Garam
  • Sedikit kapur
  • Serbuk kunyit
  • Air secukupnya.

Cara memasak :

  1. Potong ubi keledek panjang dan rendam dengan sedikit garam air. Angkat dan tos.
  2. Satukan semua bahan lain dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai dengan kecairannya.
  3. Masukkan ubi ke dalam tepung dan gaul rata. Masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga kering. Balik balikkan dan angkat, tos. Sedia untuk dihidangkan panas panas.