MyResipi.info | Jom Kongsi Resepi

Resepi Puding Sum Sum Pandan

Resepi Puding Sum Sum – Resipi Puding Sum Sum ni saya saya kira mudah. Tengok bahan bahan nya macam simple jer, tu yang teruja untuk mencuba sendiri. Boleh juga makan petang petang sabtu begini. Sekejap sangat membuatnya, tak sampai setengah jam pun. Sekarang sedang disejukkan di dalam peti ais. Bila hubby balik dari menghantar Nelly, bolehlah dihidangkan.

Resepi Puding Sum Sum Pandan
Gambar Puding Sum Sum Pandan

Resepi Puding Sum Sum Pandan

Saya buat hanya setengah adunan jer kerana saya tak mahu membazir sebab budak budak tak berapa suka kuih muih. Mereka hanya suka makan nasi dan lauk pauk sahaja. Jom kita tengok resepi dulu…

Baca Juga :  Resepi Agar-Agar Santan dan Rose

Bahan bahan Puding :

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 800 ml santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit pandan emulcho

Bahan Sirap Gula Melaka :

  • sekeping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul

Cara memasak :

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan puding dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan masak hingga pekat dan kilat. Kacau sentiasa hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka

Enjoy ….

http://www.aziekitchen.com/2012/03/puding-sum-sum-pandan.html

Info Resepi Puding Sum Sum Pandan...