MyResipi.info | Jom Kongsi Resepi

Resepi Puding Roti Simple

Resepi Puding Roti – Saya pergi ke dapur untuk menyediakan Puding Roti Bakar. Puding roti adalah sejenis hidangan pembersih mulut yang sangat cepat disediakan dan rasanya pun sangat sedap. Ya lah dari dibiarkan membazir begitu saja, baiklah buat sesuatu yang dapat dinikmati bersama keluarga. Puding ini sangat sedap dimakan begitu sahaja. Kalau tidak suka manis, boleh mengurangkan gula 2 sudu besar atau guna 1/2 cawan. Semua terpulang kepada citarasa dan selera masing-masing.

Resepi Puding Roti
Gambar Puding Roti

Daftar Isi

Resepi Puding Roti

Sebelum ini, saya telah mencuba 3 resepi Puding Roti. Untuk Puding Roti Kukus Pandan pula. Puding Roti memang sesuai dihidangkan samada untuk sarapan atau untuk minum petang. Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya memang suka membuat Puding roti yang tidak menggunakan kuah kastard. Bukan apa, lebih mudah dan jimat.

Baca Juga :  Resepi Kuih Bakar Tradisional

Bahan bahan :

  • 6 keping roti Gardenia
  • 1/2 cawan kismis – opsyenal
  • 4 biji telur – pukul
  • 1 tin susu cair – boleh ganti 2 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 2 sudu besar butter

Cara memasak :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan mentega pada roti. Atau jika suka, mentega juga boleh dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
  2. Susun roti dalam loyang yang dilenser dengan mentega dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.
  3. Di dalam bekas lain, serukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, bubuk kayu manis dan ekstrak vanili. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
  4. Tekan tegkan roti dengan menggunakan garfu agar dibenamkan di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.
  5. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

Resepi Yang Kamu Cari :

Info Resepi Puding Roti Simple...