Resepi Puding Permata

Resepi Puding Permata – Setelah percubaan yang pertama membuat Puding Permata gagal, saya rasa macam serik untuk mencuba lagi sehingga lah hari ini apabila terpandang gambar Puding Permata. Tambahan lagi anak anak saudara yang ramai di rumah, jadi sambil memasak Nasi Goreng, saya juga menjerang agar agar. Alhamdulillah sebab nampak puding macam menjadi dan permata tenggelam dengan cantik dan sempurna.

Resepi Puding Permata
Gambar Puding Permata

Tapi bila tiba masa untuk memotong, saya sangat kecewa kerana permata dan kastard macam tak ngam. Permata keras tapi kastard lembik, jadi bila dipotong permata seperti terkeluar walaupun sudah diletak berjam jam di dalam peti ais. Tak bertaut seperti Puding Kasih Bertaut gitu. Tak tahu kalau nak dikatakan cara saya membuat tak betul kerana saya dah mengikut semua step by step dan bahan bahan juga disukat dengan begitu tepat sekali.

Nampak nya inilah percubaan terakhir saya untuk resepi Puding Permata ini. Huhuhu sedih. Tak tahu bagaimana orang lain membuatnya, apa mereka juga mengalami seperti apa yang saya alami. Kalau sesiapa yang ingin mencuba, perlulah dikurangkan sedikit air dan gula untuk kastard, agaknya lah.

Resepi Puding Permata

Saya memang suka puding yang dimakan sejuk sejuk tapi lebih suka membuat puding yang ringkas dan mudah. Tak perlu nak membasuh bekas tu banyak banyak, maklumlah sebab saya tiada pembantu rumah. Dulu Juita rajin juga menolong tapi sekarang beliau sibuk mentalaah untuk peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Jom kita layan resepi dulu..

Bahan untuk agar-agar (Loyang 7in x 7in) :

  • 300ml air
  • 200ml susu cair
  • 125gm gula pasir
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sb serbuk agar-agar

Bahan untuk kastad :

  • 500ml air
  • 400ml susu cair/susu segar
  • 250gm gula pasir (kurangkan sebab agak manis)
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sb tepung kastad – dibancuh dengan 3 sb air

Cara memasak untuk agar-agar :

  1. Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.

Cara memasak untuk kastad :

  1. Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  2. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan ke dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Enjoy…