Resepi Puding Karamel Kukus

Resepi Puding Karamel – Puding Karamel adalah antara puding pencuci mulut kegemaran saya. Resepi ini saya belajar dari sahabat saya. Kali ini saya telah membuat sedikit modikasi berdasarkan 2 resepi yang telah saya gunakan. Percubaan saya berjaya kerana pada saya puding ini sangat sedap dan sesuai dengan saya. Saya menggunakan resepi pertama, tetapi saya menggantikan penggunaan gula pasir dengan susu pekat manis yang memberikan rasa karamel lebih lemak.

Resepi Puding Karamel
Gambar Puding Karamel

Saya menyediakan hidangan ini sebagai hidangan dessert hidangan petang untuk sahabat yang berkunjung ke rumah kami pada hari minggu lalu bersama isteri masing-masing. Saya sebenarnya sudah lama tidak membuat kuih muih kerana banyak kuih yang saya tidak boleh makan kerana alergi dengan tepung gandum. Jadi hari ini, saya memilih kuih yang tidak menggunakan tepung gandum agar saya juga dapat menikmatinya bersama dengan tetamu.

Resepi Puding Karamel

Memang sangat cepat menyediakan puding ini. Kalau di bulan Ramadhan, saya sempat menyediakannya selepas balik dari pejabat untuk dimakan selepas berbuka puasa. Haaa sangat cepat kan? Apakata anda mencuba puding yang sangat ringkas ini untuk hidangan keluarga. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.

Bahan bahan :

  • 8 biji telur – boleh guna 6-8 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis – boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • Sedikit vanilla extract
  • 8-10 sudu besar gula pasir – untuk gula hangus

Cara memasak :

  1. Goreng gula sehingga menjadi melawan dengan api slow. Setelah terbakar, suduk gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.
  2. Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.
  3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan dicentang buah coktail di atasnya.

Nota :

Jika mahu tekstur yang tidak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.