MyResipi.info | Jom Kongsi Resepi

Resepi Puding Agar-Agar Kastard

Resepi Puding Agar-Agar Kastard – Saya suka akan agar agar atau puding yang beraneka warna atau bercorak. Memang teruja untuk membuat dengan cantik kerana saya bukan lah seorang yang berseni tetapi saya seorang yang praktikal yang mementingkan rasa dan masa yang cepat disediakan dari hanya berpenampilan menarik tetapi rasanya tidak seberapa.

Resepi Puding Agar-Agar Kastard
Gambar Puding Agar-Agar Kastard

Resepi Puding Agar-Agar Kastard

Resepi ini saya perolehi dari internet semasa mencari resepi agar agar yang berwarna warni masa tu.Lebih mudah disediakan warna warni nya dengan hanya memercikkan pewarna. Sedap di makan sejuk. Jom tengok resepi dulu…

Bahan-Bahan :

  • 1 pack agar-agar (20 gram)
  • 6 cawan air
  • 12 sudu makan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh pewarna merah )
  • 1 sudu teh pewarna hijau ) untuk hiasan
  • sedikit coklat cair )

Cara memasak :

  1. Masak agar-agar bersama gula sampai mendidih dan semuanya larut
  2. Masukkan tepung kastard , kuning telur dan susu cair dalam agar-agar tadi….kacau selama 5 minit hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih matikan api dan tuang ke dalam loyang… setelah itu percikkan pewarna ikut kreativiti sendiri.
  4. Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan

Enjoy…

Resepi Yang Kamu Cari :

    agar agar kastard, resepi puding agar-agar kastard, resepi2 puding anak ikan