Resepi Mini Quiche Ayam

Resepi Mini Quiche – Quiche adalah salah satu daripada makanan kegemaran saya dan keluarga. Saya belajar resepi dari sahabat fb saya. Quiche juga boleh disediakan tanpa kerak. Boleh skip sedikit penyediaannya, terutama jika rasa malas nak menyediakan kerak. Kedua duanya sedap, lebih lagi sebagai hidangan petang di minum bersama teh panas ala ala Inggeris giteww.

Resepi Mini Quiche
Gambar Mini Quiche

Resepi Mini Quiche

Bagi Quiche Mini hari ini, Juita hanya menggunakan pastri siap sahaja. Tetapi Quiche ini memang sedap sehingga saya dan Nelly makan lepas satu. Terbaeek lah. Jom kita tengok resepi kalau ada yang ingin mencuba sendiri di rumah jom lah layan di bawah ini.

Bahan A :

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • Mixed herbs

Bahan B :

  • 110 gm butter sejuk -kiubkan
  • 1 biji telur kuning
  • 1/4 sudu besar jus lemon
  • 50 ml air sejuk (dimasuk sedikit demi sedikit berselang seli)

Cara memasak :

  1. Campurkan bahan bahan sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.
  2. Diuli sampai jadi doh dan berehat selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu, terapkan dalam acuan pai yang boleh mengeluarkan plat dari bawah dan balkan tepung dengan garpu dan bakar buta selama 15 minit.

Bahan C :

  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 2 – 3 sudu besar olive oil
  • 3 biji cili Capsicum – merah, hijau dan kuning
  • 1 batang Celeries – hiris nipis
  • 1 pek button mushroom – hiris nipis nipis
  • 1-2 biji bawang besar kuning – potong kiub
  • 1-2 ketul dada ayam – hiris kecil
  • Chicken fillet green peppercorn
  • Garam
  • Mixed herbs

Cara memasak :

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sebelum dimasukkan ke dalam campuran sayur.
  3. Masukkan garam dan sedikit herba campuran. Ketepikan.

Bahan D :

  • 250 gm whipped cream
  • Coarse black pepper
  • 4 biji telur

Cara memasak :

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Selepas doh di bake selama 10 minit, masukkan isi pengisian tadi.
  3. Akhir sekali, masukkan krim sehingga menutupi pengisian tadi. Buat lah sehingga habis.
  4. Taburkan keju cheddar yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170C. Kalau buat saiz mini seperti ini, cukup sekadar 15-20 minit jer.

Resepi :