Resepi Lontong Kuah Lodeh

Resepi Lontong – Resepi yang saya gunakan hari ini dipelajari lebih dari 20 tahun dari bekas rakan sekerja, Kaka saya dari Johor yang pandai dalam masakan. Inilah resepi yang selalu saya guna sejak berpuluh tahun dan saya masih puashati dengan resepi ini. Pada selera saya, ia sangat sedap sehingga saya menambah berkali kali.

Resepi Lontong
Gambar Lontong

Resepi Lontong

Insya Allah, saya akan terus menggunakannya sampai bila pun sebagai resepi keluarga saya. Resepi lain yang pernah saya cuba juga ada. Bezanya yang ini bahan kisar ditumis sedikit. Kali ini, saya hanya menggunakan sambal kacang jer. Jom tengok resepi nya di bawah ini.

Bahan bahan :

  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang – potong panjang
  • 1 batang karot – potong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang
  • 1 biji kentang – potong 8
  • 2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
  • 1 keping tempe – potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah – hiris
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang hidup – buang kulit
  • 2 santan kotak
  • Garam secukup rasa
 

Bahan kisar :

  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Cara memasak :

  1. Masak bahan kisar bersama dengan santan dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga lembut sayur.
  2. Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  3. Tutup api dan sedia untuk disajikan bersama dengan nasi impit, rebus telur dan kuah kacang atau sambal tumis.

Leave a Comment