MyResipi.info | Jom Kongsi Resepi

Resepi Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Pandan – Tanya Pak Cik Google minta diberi sedikit idea kuih muih yang sesuai. Dalam banyak lagi, mata terpandang kuih Talam Pandan yang memang sedap ala ala tepung pelita gitu. Dulu pernah dibuat sekali tapi kejadiannya hancuis walaupun rasanya sedaaap. Berdasarkan maklum balas, memang ramai yang dah cuba memasak ini. Bila disemak balik, rupanya saya pernah membuat Kuih Talam Pandan menggunakan resepi yang sama. Kiranya ini adalah kali kedua saya membuatnya.

Resepi Kuih Talam Pandan
Gambar Kuih Talam Pandan

Saya sebenarnya kadang-kadang rasa putus asa bila kuih muih yang perlu dikukus seperti ini kerana ada jer try untuk menggagalkan. Entah di mana silapnya, bahagian lapisan bawah dikukus hampir 1 jam, masih berair juga di permukaan tengahnya. Tak tahu lah sebab saya memasaknya terlalu sekejap sebelum betul betul naik wap.

Bila puas menunggu, saya ambil keputusan untuk menceduk sahaja air keluar. Hmmm banyak pulak tu. Hampir satu mangkuk kecil. Nak kata air menitis, saya mengoles tudung pengukus setiap 5 minit sekali. Ada sesiapa yang pernah mencuba dapat bantu, saya memang suka kuih ini kerana kalau nak dibuat tepung pelita, malas nak beli daun pisang. Kuih ini boleh banyak juga, satu saiz 10x10x3 dan beberapa kecil untuk kami berbuka puasa.

Resepi Kuih Talam Pandan

Tapi saya tak mengingatkan masa meletak dalam acuan menjadikan bahagian lapisan putih ternipis lah pulak berbanding lapisan hijau. Hmmm nasib lah untuk makan sendiri. Tapi tak tipu, bukan sebab bulan Ramadhan tapi bulan lain juga, tipu tu berdosa, memang sedap kuih ni. Cukup lembut dan kemanisannya. Cuma lain kali, saya nak double kan lapisan putih tu sebab macam nipis sangat atau membuat 1 1/2 adunan ke giteww. Jom layan resepi dulu.

Lapisan Bawah Hijau (A) :

  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 1/4 cwn tepung beras
  • 1/3 cwn tepung gandum
  • 5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 1/2 sb air kapur

Lapisan Atas Putih (B) :

  • 1/3 cwn tepung beras
  • 3 cwn santan
  • 4 sb tepung jagung
  • 1 sk garam

Cara memasak :

  1. Campurkan semua bahan A. Kacau hingga tidak bergentel dan tapis. Masak sekejap dengan api sederhana, kacau. Cukup sehingga naik wap dan gula hancur.
  2. Isikan dalam acuan yang telah disapu minyak. Kukus hingga masak dalam 15-20 minit bergantung kepada bekas saiz. Saya kukus hampir 1 jam lamanya.
  3. Campurkan semua bahan B. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  4. Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
    Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, untuk menghasilkan permukaan yang cantik & rata. Atau dilap tudung pengukus setiap 5 minit sekali.
  5. Biarkan betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan plastik pisau.
  6. Nota:
    Untuk rujukan sendiri, kuih ini sangat sedap hanya lapisan atas perlu dibuat 2 adunan atau 1 1/2 adunan agar kelihatan lebih seimbang lapisan ketebalannya.

Resepi Yang Kamu Cari :

    resepi tepung talam pandan sukatan cawan, kuih talam pandan sukatan cawan, talam pandan sukatan cawan