MyResipi.info | Jom Kongsi Resepi

Resepi Kuih Sagu Sedap

Resepi Kuih Sagu – Kuih sagu adalah kuih kegemaran anak kedua kami. Saya belajar memasak kuih sagu ini dari kakak ipar saya, secara kebetulan di mana sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, beliau sedang memasak kuih ini. Dari situ, saya mula memasak sendiri kuih ini.

Resepi Kuih Sagu
Gambar Kuih Sagu

Saya juga mengajar pembantu rumah sehingga dia juga pandai memasaknya. Sangat mudah dan cepat disediakan. Cuma masalah untuk mendapatkan kelapa parut muda untuk digaul bersama kuih sagu ini sahaja. Kalau kelapa parut yang tua, kuranglah sikit keenakannya berbanding kelapa yang masih muda.

Daftar Isi

Resepi Kuih Sagu

Sementara anak anak masih bercuti, saya memasak kuih sagu sebagai sarapan. Memang sedap kuih sagu ini lebih lebih jika dimakan ketika sejuk sedikit, nyaman jer. Jom kita layan, resepi yang saya gunakan pada hari ini…

Bahan- bahan :

  • 3 cawan air
  • 1 cawan sagu
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
  • Sedikit kelapa putih + sedikit garam – gaul

Cara memasak :

  1. Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih barulah masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
  2. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, barulah dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.
  3. Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 – 30 minit).
  4. Sejukkan sagu di luar. Bila kuihnya masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Yang Kamu Cari :

    Resepi kuih sagu, cara masak sagu putih utk buat kuih, pic kuih sagu klapa, resipi kuih sagu merah, kui sagu, kuih sagu, resipi kuih sagu, resipi kuih sagu sukatan cawan, Respie kuih sagu