Resepi Kek Durian Secret Recipe

Resepi Kek Durian – Kini ni musim dan moodnya kuih muih pula berasaskan durian jer. Sebelum ni buat bubur kacang hijau dengan durian, semalam buat puding roti durian. Jadi lepas ni kek durian lah pulak. Dah lama teringin untuk memasak kek durian, lebih lagi sebab dah lama juga saya tidak membuat kek setelah Kek Semolina jangkaari. Jadi saya fikir elok saya buat kek durian, boleh kedua duanya sekali. Boleh makan kek dan juga durian.

Resepi Kek Durian
Gambar Kek Durian

Ada beberapa resepi kek dalam simpanan tapi entah macamana terpandang resepi Kek Durian Ekspress. Ini sudah bagus, maklum zaman sekarang di mana masa bergerak pantas, kita tidak lagi boleh membuat sesuatu yang memakan masa dan kos banyak sedangkan hasilnya sama sahaja. Jadi jika resepi ini yang menggunakan bahan yang ringkas dapat menghasilkan kek yang sama sedap dengan kek durian yang menggunakan bahan semua bagai, baik pilih yang ringkas. Lebih-lebih lagi percubaan pertama.

Resepi Kek Durian

Hari ini saya menghantar bbm kepada Juita jika dia mahu membuat kek durian supaya boleh dimakan pagi esok sebagai sarapan pagi sabtu. Lagi pulak, saya lebih gemar kek yang sejuk, bukan yang panas panas. Kek panas kadang kadang tak terasa keenakan mentega nya. Bila tak mendapat jawapan, saya fikir mungkin dia kepenatan selepas pulang dari sekolah. Tetapi tiba tiba dapat gambar pesan kek durian yang sudah siap dimasak. Kek ini sangat lembab dengan tekstur yang sangat lembut. Jom layan resepi di bawah ini.

Bahan bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (kalau tepung biasa, masuk 1 sudu teh baking powder)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan bancuhan 3 – 4 ulas durian + susu segar @ susu cair (bancuhan susu tepung pun boleh)
  • 1/3 sudu teh garam
  • 3/4 cawan minyak jagung @ sawit
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu besar ovallete

Cara memasak :

  1. Campur telur, gula, garam dan bancuhan durian sehingga gula hancur.
  2. Masukkan minyak masak, ovallete dan campuran selama 5 saat. Masukkan soda bikarbonat, sambung lagi selama 5 saat
  3. Masukkan tepung dalam mangkuk, kemudian curahkan bahan mesin sambil dikacau rata menggunakan tangan whisk. Setelah dikacau rata, masukkan semula ke dalam blender dan masukkan 5 saat.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah dialas kertas dan disapu minyak.
  5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar pada ketuhar suhu 170c selama lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.
  6. Boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas @ muffin. Siap dan boleh dipotong dan disajikan.

Enjoy.

Resepi :