Resepi Kek Coklat Kukus Lembut

Resepi Kek Coklat Kukus – Saya memang dah lama merancang untuk memasak sesuatu dan bawa ke pejabat. Bila terpandang resepi Kek Coklat Kukus dari internet, hati terus terpaut untuk mencubanya walaupun saya sudah mempunyai Keeper Recipy untuk Kek Coklat.

Resepi Kek Coklat Kukus
Gambar Kek Coklat Kukus

Ianya memang menghasilkan kek coklat yang sangat menepati saya. Masih terbayang bayang keenakannya sehingga saya tak mampu mengawal selera. Tetapi macam yang ditulis, tak salah cuba lain lagi resepi juga. Apa yang menarik bila ditulis, resepi ni boleh buat kek untuk berniaga. Haaa apa tunggu lagi, jom lah cuba terutama pada yang nak business cake tu.

Resepi Kek Coklat Kukus

Masalahnya apabila dikukus adalah masalah permukaan kek yang tidak cantik kerana wap dsb. Saya dah pun menutup tudung pengukus dengan tuala. Tapi kalau dibakar, tentu tak jadi macam ni kan. Apa apa pun, kek ini sangat sedap, lembap dan hanya rasa kemanisannya saja. Jom layan resepi dulu.

Bahan A [Kacau rata] :

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan butter cair
  • 2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan] :

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk serbuk nescafe – opsyenal

Bahan C [kacau rata] :

  • 1 biji telur ayam gred A atau 2 biji gred B
  • 1 sk esen vanilla

Cara memasak :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A supaya sama rata. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
  3. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
  4. Lapikkan loyang dengan plastik dan tuangkan adunan.
  5. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana. Bungkus penutup kukus dengan kain. Hiaskan dengan krim coklat, jika suka.

Bahan Krim Coklat :

  • 250 gm masak coklat
  • 1 sudu besar mentega koko [atau mentega]

Cara memasak :

  1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan koko-mentega dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
  2. Panaskan coklat dan kacau hingga melekit coklat. Tutup api.
    Kacau coklat sehingga semua telah meleleh.
  3. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.