Resepi Donut Gebu

Resepi Donut – Saya menggunakan adunan yang sama dengan menyediakan Pau Goreng. Sangat donut gebu ini. Bayangkan semasa direhat, ia naik tinggi seolah kosong sahaja di dalamnya. Walaupun saya suka donut gebu tetapi saya lebih suka jika ia sedikit padat. Hari ini saya menggunakan gula kaster dan sedikit serbuk kayu manis untuk menyalut donat.

Resepi Donut
Gambar Donut

Resepi Donut

Hmm memang sedap bau kulit kayu manis ni. Kebelakangan ini saya mula mengamalkan pengambilan madu yang ditanam sedikit ceri kayu manis kerana dikatakan memberi banyak khasiat pada tubuh badan. Haa cukup setakat ini dulu. Hingga berjumpa lagi di coretan akan datang, jom layan resepi di bawah ini.

Bahan bahan :

  • 250 gram  tepung roti 
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram gula
  • 11 gram yis kering
  • 2 biji telur
  • 200 ml air
  • 100 gram mentega 
  • 50 gram susu tepung

Cara memasak :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 8-10 minit untuk menjadikan halus lembut dan tidak melekat di tangan dan elastik. Tutup doh dengan kain dan biarkan sehingga doh naik dalam ½ jam.
  2. Keluarkan doh, tumbuk dan canai. Kemudian tekap dengan donut cetakan. Rehatkan selama 30 minit sehingga doh naik lagi sekali sebelum digoreng.
  3. Goreng donat dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu masa. Goreng sehingga berwarna kekuningan dengan api yang slow. Angkat dan tos.
  4. Bila sejuk, masukkan ke dalam plastik dan masukkan beberapa sudu gula kaster dan serbuk kayu manis. Goncang supaya bersalut rata.

Nota :

Jika ingin disejukbeku, goreng separuh masak terlebih dahulu, sejukkan dan simpan di bekas dan masukkan ke dalam freezer. Jika ingin membuat kuku kukus, kukus terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Leave a Comment