Resepi Cinnamon Rolls Mudah

Resepi Cinnamon Rolls – Malam jumaat lepas ke Giant masa tu, Juita dan Boy mencari bahan bahan untuk dibuat kuih dan saya tak pula bertanya apa kuih yang ingin dibuat. Bila balik dari pejabat, baru saya tahu yang mereka membuat Cinnamon Rolls.

Resepi Cinnamon Rolls
Gambar Cinnamon Rolls

Wah saya sendiri belum pernah membuatnya. Semasa sampai di rumah, saya lihat adunan doh sedang diperap sebelum dibakar. Memang saya bangga dan kagum dengan Juita yang kira agak handal dalam bab masak memasak. Beliau selalu membuat rujukan di internet dan blog. Selera mereka memang berbeza dengan selera kita yang lebih kepada kuih muih Melayu.

Resepi Cinnamon Rolls

Berdasarkan resepi yang digunakan, memang sedap sekali cinnamon rolls ni, malahan semasa dibakar, semerbak bau haruman serbuk cinnamon di seluruh rumah. Alahai saya mencuri makan seketul walaupun ianya dah mengganggu diet saya. Jom layan resepi dulu…

Bahan bahan :

  • 7g yis mauripan
  • 3/4 cawan susu 
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan air panas
  • 1/4 sk extract vanilla
  • 1 telur
  • 1 sk garam
  • 1/4 cawan unsalted butter – cairkan
  • 4 cawan all purpose flour
  • 1/4 cawan butter cair – sapu di permukaan

Bahan Filling :

  • 1/3 cawan unsalted butter – suhu bilik
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 sb serbuk cinnamon

Bahan Glaze :

  • 1/4 cawan Cream Cheese – suhu bilik
  • 1 sb butter – suhu bilik
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 1/2 sk extract vanilla
  • 3-4 sb susu suam

Cara memasak :

  1. Di dalam mangkuk kecil ni, satukan air suam dan 1 sk gula halus. Tabur yis rata rata di atasnya dan biarkan selama 5 minit.
  2. Dengan menggunakan mixer, satukan telur, susu, garam, gula dan butter yang dicairkan. Masukkan 2 cawan tepung dan air, vanilla dan akhir sekali bancuhan yis. Putar sehingga rata sebelum letak lagi baki tepung.
  3. Tukar kepada kelajuan sederhana dan biarkan terus diputar selama 5-7 minit atau sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.
  4. Lumur sedikit minyak pada mangkuk yang besar dan ketepikan. Keluarkan doh dari mixer dan tarik dengan menggunakan kedua dua tangan untuk membentuk bulat. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang tadi dan lumur permukaan doh dengan sedikit minyak. Tutup dengan plastic wrap dan ketepikan selama 2 jam di tempat yang tertutup.
  5. Di dalam mangkuk kecil, satukan gula perang, gula halus dan serbuk cinnamon. Ketepikan.
  6. Bila doh telah mengembang menjadi sekali ganda, tumbuk doh dan ratakan di atas permukaan yang ditabur dengan tepung menjadi saiz 15×9″.
  7. Sapukan butter di permukaan sehingga rata.
  8. Tabur rata dengan bancuhan gula dan serbuk cinnamon.
  9. Gulung dan potong sama rata menjadi 16 keping. Bahagian akhir sekali dilumur dengan air bagi melekatkannya. Caranya dengan potong kepada 2 bahagian dan kemudian potong lagi setiap satu menjadi dua bahagian lagi dan seterusnya.
  10. Susun di dalam loyang saiz 9×13″ yang telah dilumur butter. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan di tempat warm selama 1 1/2 jam.
  11. Panaskan oven pada 180C. Apabila ianya mengembang, lumur dengan butter cair dan bakar selama 30 minit sehingga perang keemasan.
  12. Sementara dibakar, sediakan glaze dengan menyatukan semua bahan kecuali susu. Apabila semua bahan dah bergaul sebati, tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai kecairan yang dikehendaki.
  13. Dengan segera, tuangkan glaze ke atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.
  14. Bolehlah dikeluarkan dan dihidangkan. Ambik dari tengah dengan melalukan pisau dicelah celah cinnamon rolls untuk memudahkan ianya dikeluarkan dari loyang.

Enjoy…

Resepi :