Resepi Cekodok Ikan Bilis Daun Bawang

Resepi Cekodok Ikan Bilis – Hari ini saya belajar membuat cekodok ikan bilis daun bawang mengikut cara Mami. Mami adalah pembersih sambilan yang datang membersih rumah saya. Mami sejak dulu lagi datang mencuci dan membersih rumah adik ipar saya, Zatul di Rawang. Zatul lah yang memperkenalkan saya dengan Mami.

Resepi Cekodok Ikan Bilis
Gambar Cekodok Ikan Bilis

Selama ini, saya hanya menggunakan daun bawang untuk ditabur atas sup dan lain lain lauk pauk sahaja. Sebelum balik, dia mengajar saya supaya menggoreng udang dengan menggunakan daun bawang yang dibawa. Di samping itu, juga untuk dibuat cekodok. Mendengarkan resepi cekodok dia yang agak berbeza dengan penggunaan garam, saya terus mengajak Mami untuk menyediakan cekodok bersama sama.

Haaa bolehlah tengok macam mana dia buat. Melihat sendiri dengan lebih jelas berbanding hanya diajar dengan resepi sahaja. Hmm memang sedap cekodok ini. Sangat terbaik. Ianya dibuat leper leper bukan bulat bulat seperti biasa saya buat. Katanya dengan bergurau kalau bulat itu, dah jadi begedil. Hehehe. Kesian juga mendengarkan Mami memberitahu bahawa dia selalu menyediakan cekodok kerana tepung gandum murah untuk membuat makanan sehari-hari.

Resepi Cekodok Ikan Bilis

Kita rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Kurangkan lah komplen tentang apa sahaja. Kerana apa saja yang berlaku adalah dengan izin Allah juga yang dikatangkan sebagai ujian. Taklah kita dipanggil orang beriman, sehingga kita dipuji. Lagi tinggi ketaqwaan kita, lagi tinggi juga ujian yang didatangkan. Jom kita tengok resepi dulu.

Bahan bahan :

  • 1/4 kg tepung gandum
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 cekak daun bawang – hiris kecil
  • Sedikit minyak panas/majerin cair panas
  • 1 gelas air panas/secukupnya
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula

Cara memasak :

  1. Panaskan mentega dan goreng ikan bilis seketika. Angkat dan tumbuk bersama bawang putih sehingga lumat. Satukan dengan tepung gandum dan daun bawang. Masukkan garam dan gula.
  2. Akhir sekali, tuang sedikit minyak panas dan air panas sedikit demi sedikit sehingga sesuai dengan kecairannya. Gaul sebati. Sedia untuk digoreng.
  3. Tuang adunan ke dalam minyak panas dengan menggunakan sudu dan bentukkan supaya menjadi kusta dan goreng sehingga bewarna keemasan.
  4. Boleh dicicah dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja. Saya suka makan begitu sahaja.

Nota :

Boleh ganti ikan bilis dengan udang kecil.