Resepi Caramel Banana Cupcake

Resepi Caramel – Selamat bertemu sekali lagi hari ini. Tak boleh simpan ini, nak citer pula, ini citer pasal sejak terpandang Super Moist Caramel Banana Cake, tak senang duduk jadinya. Balik office semalam, minta hubby belikan pisang konon konon nak membuatnya. Tapi sejak balik bercuti ni, badan asyik naik angin jer. Dah beberapa kali jumpa ke doktor dan makan ubat tapi masih belum baik juga.

Resepi Caramel
Gambar Caramel Banana Cupcake

Untuk buat kek ni, saya mencari pisang emas di bawa belayar tapi sebab tak ada, beli jer pisang berangan. Kalau buat kuih, saya memang suka menggunakan pisang emas. Kalau untuk makan begitu saja, baru saya beli pisang berangan.

Resepi Caramel

Saya tengok ada modifikasi dibuat kepada resepi asal dengan dibuat cupcake dan juga ditambah coklat chips. Tapi saya tak berapa gemar coklat chips, jadi saya meletakkan beberapa biji jer untuk anak anak. Memang dari dulu pun, saya kurang gemar sedikit makanan bercoklat ni. Tapi tengok lah kejadian cupcake saya tak secantik cupcake Secubit Garam. Terkeluar pulak coklat chips nyer. Huhuhu…

Bahan A :

  • 1 cawan pisang lecek (240 g) – 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula kaster (200 g) – kurangkan 180g
  • 125 g mentega
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 2 sb susu segar

Bahan B :

  • 3 biji telur saiz B 
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak
  • 1 sk ovalet (opsyenal)
  • Coklat chip secukupnya (jika suka)

Cara memasak :

  1. Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan. (bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaramel.
  2. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warna perang).
  3. Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
  4. Masukkan banana karamel tadi. Gaul sebati.
  5. Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam cupcake 1/2 cawan penuh sahaja.
  7. Taburkan dgn coklat chips jika suka.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak.

Nota :

  • Boleh bakar dlm loyang
  • Boleh juga dikukus.
  • Telur jika tak dipukul pun ok.

Leave a Comment