Resepi Bubur Lambuk Johor

Resepi Bubur Lambuk – Kali pertama saya menikmati bubur lambuk seperti ini di bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap. Ianya tidak sama dengan bubur lambuk yang disediakan dan dijual di Kg Baru sepanjang bulan Ramadhan. Ianya lebih pada citarasa tradisional dengan memasukkan pelbagai sayuran kampung. Bubur lambuk ini disediakan oleh Kak Norihan dan suaminya Haji Haron di Surau Ad Dhuha.

Resepi Bubur Lambuk
Gambar Bubur Lambuk

Resepi Bubur Lambuk

Mereka menyediakan bubur lambuk ini pada akhir bulan Disember ketika saya bercuti ke Grand Lexis Port Dickson. Tapi Alhamdulillah kerana rezeki, apabila Kak Yan sudi menyimpan satu pek untuk saya. Jom layan resepinya di bawah ini yang saya kongsikan untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan. Tengok resepi di bawah ni.

Bahan bahan :

  • Beras
  • Sotong kering – hiris halus
  • Ikan bilis – tumbuk
  • Daging cincang atau tulang lembu
  • Bawang merah – kisar
  • Halia muda – hiris halus
  • Lada hitam – tumbuk
  • Santan
  • Garam
  • Daun kaduk
  • Daun pucuk paku merah
  • Daun kesum

Cara memasak :

  1. Basuh beras dan masak nasi dengan air dan ikan bilis, sotong kering serta daging cincang / tulang. Bila nasi sudah lembut, masukkan bawang, halia dan lada hitam. Masak lagi.
  2. Akhir sekali, masukkan pula, semua sayuran dan garam.
  3. Apabila nasi dah menjadi bubur, masukkan santan. Kacau sehingga ia cukup sebati. Sedia untuk disajikan.