Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian – Dah lama betul saya tak memasak bubur kacang hijau ni. Since esok cuti sempena hari Wilayah, saya memasak bubur kacang hijau yang kacang nya saya beli  minggu lepas. Kebetulan pula, masih ada durian yang di simpan dalam freezer. Makan pulak dengan roti gardenia, wow sedap gitu.

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian
Gambar Bubur Kacang Hijau Durian

Kini baru saya tahu, kalau bubur yang cantik, mesti tak mahu pecah minyak. Masa balik Kelantan baru ni, kakak ada sediakan bubur kacang hijau sebagai pencuci mulut untuk majlis kenduri kahwin. Jadi Kak Nik Bidah sepupu yang dok mengacau bubur kacang dalam periuk tu memberi tips memasak bubur kacang hijau tadi.

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Selama ini saya fikir bubur tu perlu dimasak lama lama sampai permukaannya nampak berminyak. Itulah, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu rupanya. Itu sebab kena belajar seumur hidup dan bertanya dengan mereka yang pakar. Jom lah, kita layan resepi bubur kacang hijau saya …

Bahan bahan :

  • 3 cawan kacang hijau
  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 4 – 5 ulas durian
  • Garam

Cara memasak :

  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.
  2. Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan
  3. Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk
  4. Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.
  5. Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata rata dalam 10 minit dengan api perlahan
  6. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat
  7. Hidangkan bersama teh O, tentu sedap sekali. Kami cicah dengan roti gardenia
  8. Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap

Enjoy …

Resepi :