Resepi Bingka Keladi Sedap

Resepi Bingka Keladi – Selain Kuih Bingka Suji, saya juga menyediakan Bingka Keladi. Bukan apa, sebab nak habiskan terus ubi keladi yang ada. Maklumlah bulan puasa ni, peluang memasak agak terbatas. Dikuatiri ubi keladi tu jumpa dengan Cik Pah pulak. Sangat mudah menyediakan kuih bingka berbanding dengan kuih talam yang perlu dikukus dan penutup pengukus pula perlu dilap setiap 5 minit sekali untuk menghasilkan permukaan kuih talam yang cantik.

Resepi Bingka Keladi
Gambar Bingka Keladi

Resepi Bingka Keladi

Kali ini saya membuat di dalam loyang dan hasilnya sangat memuaskan. Rasanya memang sedap dan sesuai dengan saya. Cukup lemak dan manisnya. Pastinya resepi ini boleh digunakan lagi jika ingin membuat Bingka Keladi. Jom layan resepi di bawah ini.

Bahan- Bahan (loyang 9in x 9in) :

  • 3 biji telur
  • 3 cwn santan (guna 2 santan kotak + 1 cawan air)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keladi- yg direbus, tos dan dilecek (1 cawan guna keladi yang dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil pewarna purple 
  • Sedikit bijan -ditabur 

Cara memasak :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C, lapik loyang dengan aluminium foil dan sapukan sedikit mentega di sekeliling loyang, panaskan sebentar. Saya tak letak foil pun.
  2. Masukkan 1 cawan keladi yg di rebus di blender, masukkan sekali telur, gula, garam, mentega, santan dan tepung. Campurkan semuanya.
  3. Gaul sebati dan masukkan 1 cawan lagi keladi yang dicotong dadu untuk mendapatkan kasar tekstur. Akhir sekali letak pewarna dan gaul lagi.
  4. Tuang dalam tin yang sudah di lenserkan mentega tadi. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.
  5. Bakar selama 1 jam, gunakan api atas dan bawah. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran lagi selama 10 minit dan guna api atas sahaja.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga betul betul sejuk.
  7. Setelah sejuk bolehlah di potong dan dihidangkan. Selamat Mencuba.

Resepi :